Peraduan Cari Kata Malaysia Prihatin PPP

Peraduan Cari Kata Malaysia Prihatin PPP

Terma & Syarat Peraduan

Peraduan Cari Kata Malaysia Prihatin di media sosial dianjurkan oleh Pantai Premier Pathology dan akan berlangsung dari 25 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020.

 

Kelayakan

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas kecuali kakitangan Pantai Premier Pathology.
  2. Dengan menyertai Peraduan ini, anda (“Peserta”) bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat penyertaan dan anda juga bersetuju bahawa semua keputusan pihak Penganjur adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
  3. Peserta bersetuju menyerah kesemua hak ciptanya yang berkenaan kepada pihak Penganjur.

 

Cara Penyertaan

  1. Muat turun atau “screenshot” gambar Cari Kata yang dikongsikan oleh penganjur di dalam media sosial.
  2. Cari dan bulatkan perkataan-perkataan yang telah diberikan dalam senarai petunjuk yang disertakan.
  3. Setelah selesai, muat naik gambar yang lengkap dan pastikan anda menggunakan #PPPMalaysiaPrihatin dan #PantaiPremierPathology dalam kapsyen pos anda.
  4. Pastikan profil anda dalam status “public” untuk proses pemilihan pemenang.
  5. Pemenang-pemenang bertuah akan dipilih dan dinilai mengikut ‘Likes & Shares’ yang tertinggi.

*Platform sosial media yang terlibat: Facebook dan Instagram

 

Pemilihan Pemenang

  1. Seramai 3 pemenang keseluruhan akan dipilih dari laman media social melalui carian dari #PPPMalaysiaPrihatin dan #PantaiPremierPathology. Pemilihan pemenang akan dilakukan oleh pihak Penganjur berdasarkan kepada kriteria-kriteria di bawah:
    1. Jumlah jawapan yang betul.
    2. Jumlah likes yang paling banyak.
    3. Jumlah shares yang paling banyak.
    4. Penilaian juri-juri.
    5. Budi bicara pihak penganjur.

 

Had Liabiliti & Tanggungjawab

  1. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan, kesilapan dan/atau gangguan yang mungkin akan dihadapi atau ditanggung oleh peserta sebagai akibat langsung atau tidak langsung berikutan daripada sebarang perubahan, lanjutan atau pembatalan peraduan.
  2. Penganjur tidak bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan memuatnaik penyertaan ke media sosial yang dihadapi oleh peserta.
  3. Peserta yang layak akan memberi hak penuh kepada Penganjur untuk penggunaan maklumat bagi tujuan promosi di masa hadapan dengan menyertai peraduan ini.
  4. Peserta hendaklah menanggung kerugian penganjur dan/atau penaja daripada dan terhadap semua liability, kos, kerugian atau perbelanjaan yang dialami itu akibat daripada apa-apa pelanggaran Terma & Syarat
  5. Peserta mengakui bahawa penyertaan dalam peraduan adalah pada risiko sendiri. Penganjur dan/atau penaja serah hak tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana peserta berkenaan dengan apa-apa kegagalan untuk memenangi hadiah dalam peraduan, hadiah yang rosak disebabkan kecuaian, tindakan dan/atau peninggalan sendiri atau salah guna hadiah atau apa-apa kerugian lain, ganti rugi, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian dan/atau kemalangan yang dialami oleh peserta semasa peraduan atau yang timbul daripda atau berkaitan dengan peraduan, penyertaan oleh peserta di dalam peraduan dan/atau hadiah yang diterima.

 

Hak Penganjur

  1. Penganjur berhak untuk menggunakan nama dan/atau maklumat peribadi yang diberikan oleh pemenang dan/atau gambar hadiah-hadiahnya sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau perdagangan dan/atau publisiti semasa penerimaan hadiah dan pemenang tidak berhak untuk membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.
  2. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta (pada mana-mana peringkat peraduan) atas sebab peserta tidak mematuhi terma-terma yang tertakluk.
  3. Penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan tanpa menyatakan apa-apa sebab.
  4. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  5. Setiap penyertaan perlu dihantar kepada penganjur semasa atau sebelum tarikh tutup seperti mana yang telah ditetapkan dalam Terma & Syarat. Penyertaan yang dimuat naik selepas waktu tamat tidak akan diterima dan dianggap tidak layak.

 

Terma Penyertaan

  1. Semua peserta sedia maklum dan bersetuju untuk tertakluk di bawah semua Terma & Syarat dan keputusan yang dibuat oleh penganjur.
  2. Penganjur diberikan hak untuk menyiarkan nama dan/atau gambar dan memaparkan sebarang perkara berkaitan pemenang bagi tujuan pengiklanan dan publisiti tanpa memberi notis kepada pemenang.

 

Notis Privasi

  1. Peserta bertanggungjawab bagi memastikan bahawa data peribadi yang diberi adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan serta memastikan bahawa data peribadi adalah yang terkini.
  2. Peserta bersetuju untuk penganjur dan/atau penaja unttuk mengumpul dan memproses data peribadi peserta.
  3. Semua maklumat peribadi peserta tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.

 

Dengan menyertai peraduan ini, peserta dengan ini mengesahkan telah membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat yang ditetapkan.