Tag Archives: medicines

SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19)

SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19)

J: Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Novel Coronavirus 2019 (COVID-19).

Jangkitan coronavirus menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

J: Cara penularan novel coronavirus COVID-19 daripada individu kepada melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang dengan COVID-19 batuk atau bersin. Titisan ini merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya. Orang lain kemudian mendapat jangkitan COVID-19 dengan  menyentuh objek atau permukaan ini, kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya. Sesorang itu juga boleh dijangkiti COVID-19 jika mereka berada dekat dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin atau melepaskan titisan. Itulah sebabnya penting untuk mengekalkan jarak lebih dari 1 meter (3 kaki) dari orang yang sakit.

KKM kini sedang mengawasi perkembangan jangkitan ini dan situasi sentiasa berubah dan akan mengemaskini maklumat penyakit ini dalam laman sesawang KKM dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri yang baik.

J: Pemakaian penutup mulut dan hidung surgical atau 3-ply face mask adalah disyorkan kerana ia membantu mengurangkan penyebaran virus dan lebih praktikal untuk digunakan oleh orang awam. Ia bagi menghalang pendedahan orang lain kepada titisan dan percikan air liur orang yang memakai penutup mulut dan hidung ini.

Namun penutup mulut dan hidung N95 tidak disyorkan kerana ia lebih ketat dan boleh menyebabkan pemakainya berasa sukar untuk bernafas. Ianya lebih sesuai digunapakai oleh anggota kesihatan yang mengendalikan pesakit di fasiliti kesihatan.

J: Gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-19 adalah demam, batuk dan sukar bernafas.

J:  Anda hendaklah berjumpa doktor segera jika mempunyai gejala demam, atau jangkitan saluran pernafasan seperti batuk dan hidung berair. Sila dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan terdekat dan pakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) apabila anda ke sana.

J: Sehingga kini, tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk jangkitan COVID-19. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit.

J: COVID-19 ini berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian, terutamanya dalam kalangan orang tua dan orang yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imun yang rendah.

Walau bagaimanapun  ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

J: KKM ingin menyarankan kepada orang ramai yang ingin melawati negara yang mempunyai kes COVID-19 agar menangguhkan perjalanan kecuali untuk urusan penting yang tidak boleh dielakkan.

Dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan ke negara yang mempunyai kes COVID-19, segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk atau kesukaran bernafas. Sila maklumkan sejarah perjalanan anda kepada doktor yang merawat bagi memastikan pengesanan awal jangkitan COVID-19.

J: Pengembara ke negara yang mempunyai kes COVID-19 dan selepas pulang ke Malaysia adalah diingatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut:

  • Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
  • Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan;
  • Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan;
  • Elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh lawatan; dan
  • Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan.

J: Mereka akan disaring di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia. Sekiranya dikesan demam dengan gejala jangkitan pernafasan, mereka akan dirujuk ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

Sekiranya mereka sihat dan tidak bergejala, mereka akan diberi Home Assessment Tool serta Health Alert Card. Mereka dinasihatkan untuk tinggal di rumah dan perlu mengawasi kesihatan mereka selama 2 minggu. Sekiranya bergejala, segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan dengan membawa bersama Health Alert Card.

J: Agensi pelancongan diminta untuk memaklumkan mengenai situasi terkini kejadian wabak penyakit COVID-19 dan nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh KKM kepada pekerja masing-masing dan pelanggan yang ingin ke negara yang mempunyai kes COVID-19 dari semasa ke semasa iaitu :

  • Menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan dari melawati negara China sehingga dimaklumkan kelak.
  • Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
  • Sekiranya lawatan ke negara yang mempunyai kes COVID-19 tidak dapat dielakkan, semasa di sana:
    • Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan tidak bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala;
    • Elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan;
    • Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna.
  • Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang ke tanah air
  • Pengembara yang datang dari negara yang mempunyai kes COVID-19 perlu dimaklumkan keperluan mengisytiharkan status kesihatan sebelum tiba ke Malaysia. Selain itu prosedur keperluan menjalani perintah Pemantauan dan Pengasingan serta isolasi sekiranya bergejala perlu dijelaskan kepada pelanggan.
  • Memperkasakan pihak agensi dan persatuan pelancongan untuk membuat saringan demam ke atas pengembara dan merujuk mereka ke fasiliti kesihatan terdekat untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
  • Pihak agensi pelancongan dan pengurusan fasiliti penginapan dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran termasuk menjalankan disinfeksi.

J: KKM telah memantau situasi wabak jangkitan COVID-19 ini secara harian melalui sumber-sumber yang sahih sejak 10 Januari 2020, di samping menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

  1. Membuka Bilik Gerakan COVID-19.
  2. Menyediakan dan mengeluarkan kenyataan akhbar memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi terkini wabak ini.
  3. Membuat saringan gejala di pintu-pintu masuk antarabangsa Malaysia.
  4. Membuat saringan gejala di fasiliti kesihatan, membuat rujukan dan isolasi kes di hospital-hospital terpilih.
  5. Menjalankan pemantauan kontak di rumah atau tempat-tempat pengasingan yang termaktub dalam Perintah Pemantauan dan Pengasingan.
  6. Meningkatkan kapasiti isolasi di hospital.
  7. Memantapkan kemampuan dan keupayaan makmal dalam menjalankan ujian pengesanan virus ini.
  8. Menjalankan latihan kepada kakitangan kesihatan khususnya penggunaan alat pelindung diri (PPE) yang betul.
  9. Memastikan stockpile PPE dan ubat-ubatan bagi merawat gejala dan komplikasi mencukupi.
  10. Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jangkitan virus COVID-19 ini melalui media sosial dan media cetak.

Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan KKM di talian 03 – 8881 0200 / 0600 / 0700 emel ke cprc@moh.gov.my dan Whatsapp ke 010 969 9435 untuk sebarang pertanyaan. Selain itu Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing juga boleh dihubungi.

J: Lebih 80% kes positif COVID-19 di Malaysia adalah dalam kalangan kontak rapat kepada kes positif. Situasi ini berlaku semasa menghadiri majlis yang melibatkan ramai orang. Sebaiknya tangguhkan dahulu pelaksanaan majlis. Jika majlis perlu diteruskan, ambillah langkah-langkah berikut:

Tanggungjawab Tuan Rumah / Pengendali Majlis

  • Letakkan tangan kanan di dada kiri sebagai ganti bersalam bagi meraikan
  • Pastikan pekerja katering tiada gejala demam atau batuk atau sakit tekak atau sukar bernafas
  • Guna peralatan makan minum pakai buang
  • Pastikan cecair pencuci tangan (hand sanitizer) disediakan dan diletakkan di lokasi strategik.
  • Pastikan tempat basuh tangan beserta sabun yang mencukupi disediakan
  • Pastikan lokasi majlis mempunyai pengudaraan yang baik.

Elakkan hadiri majlis sekiranya anda :

  • Baru pulang dari negara terjejas COVID-19
  • Demam,batuk,sakit tekak atau sukar bernafas

J: Orang ramai terutama golongan berisiko tinggi dinasihatkan untuk menghadkan lawatan ke hospital terutamanya bagi urusan tidak penting (non-essential). Langkah ini bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 di hospital. Golongan berisiko adalah :

  • Kanak-kanak
  • Warga emas berusia 65 tahun ke atas
  • Pesakit dengan penyakit kronik
  • Pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah
  • Wanita hamil

*Penting – (Jangan melawat pesakit di hospital sekiranya anda demam atau mengalami selesema dan batuk)

J:

  • Temubual – Semasa di hospital, pasukan perubatan menyenaraikan lokasi perjalanan dan kontak pesakit dalam tempoh 14 hari yang lepas.
  • Penyiasatan – Pasukan kesihatan menjejaki kontak pesakit untuk mengesan  dan menyiasat hubungan/interaksi dengan pesakit serta mendapatkan . maklumat lanjut.
  • Mengenalpasti – Keputusan dibuat bagi menentukan individu berkaitan merupakan kontak rapat/dekat dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
  • Sekiranya kontak mengalami GEJALA – beliau akan dirujuk ke hospital untuk pengasingan dan rawatan lanjut. Sekiranya kontak SIHAT beliau akan menjalani ujian untuk pengesahan dan diletak di bawah pengawasan di rumah bagi tempoh 14 hari.

J: Untuk makluman, KKM telah berkolaborasi dengan pihak swasta bagi perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah. Dengan kolaborasi ini, orang awam yang tidak mempunyai gejala boleh menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan. Orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan melawat laman web/memuatnaik aplikasi berkaitan bagi menentukan masa lawatan ke rumah bagi tujuan pengambilan sampel. Walau bagaimanapun, perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 ini akan dikenakan caj oleh pihak syarikat swasta berkenaan. Buat masa ini, perkhidmatan ini disediakan oleh pihak swasta seperti di bawah:

  1. Bookdoc
  2. Pantai Premier Pathology Sdn Bhd
  3. Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ)
  4. Qualitas Medical Group Sdn Bhd
  5. Gleneagles Kuala Lumpur
  6. Pantai Hospital Kuala Lumpur
  7. Pantai Hospital Cheras
  8. Pantai Hospital Klang
  9. Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka
  10. Twin Tower Medical Centre, KLCC
  11. DoctorOnCall

Sila layari laman web syarikat-syarikat tersebut untuk maklumat lanjut. Senarai syarikat swasta ini mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa.

J:

  • Sentiasa berada di rumah, pastikan anda boleh dihubungi setiap masa.
  • Hadkan pelawat.
  • Senaraikan semua pelawat yang menziarahi anda
  • Amalkan adab batuk yang betul/beretika. Tutup mutut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk atau bersin.
  • Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan CUCI TANGAN serta merta dengan sabun atau hand sanitizer.
  • Sentiasa pakai face mask.
  • Cuci tangan dengan kerap.
  • Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri.
  • Cuci peralatan makanan yang digunakan dengan air dan sabun pencuci sebelum digunakan semula.
  • Buka semua tingkap untuk pengudaraan rumah yang baik.

J:

  • Hospital Tuanku Fauziah 04-9738000
  • Hospital Sultanah Bahiyah 04-7406233
  • Hospital Sultan Abdul Halim 04-4457333
  • Hospital Kulim – 04-4272733
  • Hospital Sultanah Maliha 04-9663333
  • Hospital Pulau Pinang 04-2225333
  • Hospital Raja Permaisuri Bainun 05-2085000
  • Hospital Raja Perempuan Zainab 2 – 09-7452000
  • Hospital Sultan Ismail Petra 09-9611666
  • Hospital Tumpat – 09-726 3000
  • Hospital Sultanah Nur Zahirah 09-6212121
  • Hospital Tengku Ampuan Afzan 09-5133333
  • Hospital Sungai Buloh 03-61454333
  • Hospital Kuala Lumpur 03-26155555
  • Hospital Tuanku Ja‘afar 06-7684000
  • Hospital Melaka 06-2892344
  • Hospital Sultanah Aminah O7-2257000
  • Hospital Labuan 087- 596888
  • Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu 088-517555
  • Hospital Duchess of Kent, Sandakan – 089-248600
  • Hospital Tawau – 089-983533
  • Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas – 088-522600
  • Hospital Lahad Datu – 089-895111
  • Hospital Keningau – 087-313000
  • Hospital Umum Sarawak, Kuching – 082-27666609
  • Hospital Miri – 085-420033
  • Hospital Bintulu – O86-859000
  • Hospital Sibu – 084-343333

J: Setiap majikan dan pekerja perlu mengamalkan langkah-langkah ini walaupun tiada jangkitan COVID-19 dalam komuniti:

  • Pastikan tempat kerja anda bersih dan bebas kuman – Kerap lap permukaan dan alatan dengan bahan disinfeksi.
  • Tingkatkan kekerapan dan membasuh tangan dengan betul (20 saat) dalam kalangan pekerja dan pelanggan – Letakkan “hand sanitizer” di tempat yang mudah dicapai di tempat kerja dan pastikan ia kerap diisi semula.
  • Sediakan topeng muka dan tisu di tempat kerja untuk pekerja yang selesema atau berkahak – Sediakan juga tempat lupus tisu yang sesuai.
  • Menasihati pekerja untuk dapatkan nasihat perjalanan sebelum melakukan tugas yang memerlukan pekerja bertugas di kawasan yang dilanda wabak
  • Beri taklimat kepada pekerja dan pelanggan sekiranya COVID-19 mula berjangkit dalam komuniti sekitar anda dan galakkan kuarantin di rumah jika tidak sihat

J: Pengurusan sekolah perlu melakukan nyahkuman & disinfeksi di permukaan yang mudah dicemari seperti :

  1. Kerusi
  2. Meja
  3. Tombol pintu
  4. Papan kekunci komputer

Sekiranya terdapat warga sekolah/pekerja yang disahkan positif COVID-19, sekolah / pejabat tidak perlu ditutup. Memadai kerap lakukan nyahkuman/ disinfeksi. Pakai penutup hidung & mulut (face mask) sekiranya bergejala, basuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer. Jarakkan diri sejauh satu (1) meter sekiranya bergejala dan nampak orang bergejala.

J: Pemilik premis/ kenderaan awam perlu kerap melakukan nyahkuman/disinfeksi permukaan yang mudah dicemari kuman seperti eskalator & susur tangan,troli, tombol  pintu,butang lif dan mesin ATM.

  • Basuh tangan dengan sabun dan air atau hand senitizer
  • Jarakkan diri sejauh satu (1) meter sekiranya bergejala dan nampak orang bergejala.
  • Pengusaha/pemilik kenderaan awam perlu kerap melakukan nyahkuman / disinfeksi pada permukaan yang mudah dicemari seperti pintu, kerusi dan tempat pemegang.
  • Pakai penutup hidung & mulut (mask) jika bergejala.

J:

Tanggungjawab & tindakan tuan rumah

  • Tidak digalakkan untuk bersalam dengan tetamu (gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada di sebelah kiri)
  • Sekiranya bergejela dinasihatkan agar menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan tetamu
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun atau gunakan hand sanitizer.
  • Sediakan tempat yang cukup untuk membasuh tangan yang dilengkapi dengan sabun
  • Sekiranya berkemampuan, sediakan hand sanitizer kepada tetamu.

Tanggungjawab & tindakan tetamu

  • Tidak digalakkan untuk bersalam dengan tuan rumah dan tetamu lain (gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada di sebelah kiri)
  • Cuci tangan dengan bersih menggunakan sabun
  • individu yang bergejala dinasihatkan agar menjarakan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.
  • Sekiranya bergejala, pakai topeng muka untuk menghadiri majlis kenduri atau lebih baik tidak menghadiri majlis tersebut.

J:

  • Penganjuran program di tempat awam masih boleh diteruskan dan sebarang tindakan pembatalan adalah tertakluk kepada penilaian serta keputusan oleh pihak penganjur program tersebut.
  • Mengambilkira kemampuan pihak penganjur program untuk melaksanakan dengan sebaiknya langkah-langkah pencegahan dan kawalan dalam kalangan peserta program bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 semasa program tersebut diadakan.
  • Tindakan haruslah dilaksanakan oleh para peserta dan penganjur program bagi bersama-sama mencegah penularan jangkitan COVID-19 semasa penganjuran program terbabit.

 

Tindakan Peserta Program :

  • Jika bergejala jangkitan saluran pernafasan, berehat di rumah bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain dan elakkan dari menghadiri program berkaitan, di samping turut mendapatkan rawatan bagi gejala yang dialami.
  • Mengamalkan etika batuk – iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta.
  • Sentiasa menjaga kebersihan, khususnya cuci tangan dengan betul dan lebih kerap – iaitu gunakan air dan sabun sekurang- kurangnya untuk tempoh selama 20 saat atau gunakan hand sanitizer
  • Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu.

Tindakan Penganjur Program :

  • Menjalankan saringan dalam kalangan peserta program dan TIDAK membenarkan mana-mana peserta yang dikesan mempunyai demam mahupun gejala jangkitan saluran pernafasan (seperti sakit tekak, batuk, selsema) untuk menghadiri program tersebut, di samping menasihatkan mereka untuk mendapatkan rawatan.
  • Menyediakan cecair pencuci tangan (hand sanitizer) dalam kuantiti yang mencukupi dan diletakkan di lokasi-lokasi strategik untuk kegunaan para peserta program.
  • Sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai kejadian jangkitan COVID-19 dan langkah-langkah pencegahan serta kawalan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui laman web sebagaimana berikut:
  1. http://www.moh.gov.my
  2. https://www.infosihat.gov.my/
  3. https://kpkesihatan.com/

J: Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati semua rakyat Malaysia untuk menangguhkan semua perjalanan di luar negara, terutamanya kepada wilayah atau bandar yang diisytiharkan dengan wabak COVID-19 di Republik Rakyat China, Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran (seperti diumumkan sebelum ini).

J: Isu kekurangan bekalan topeng mulut dan hidung di pasaran seluruh negara akan dibincang pada mesyuarat kabinet, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB. Dato’ Rosol bin Wahid mengakui pembelian secara panik berikutan kebimbangan orang ramai kes penularan COVID-19 menjadi punca utama berlakunya kekurangan bekalan. Siasatan dilakukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati

Tiada aktiviti menyorok topeng mulut dan hidung bertujuan untuk menaikkan harga oleh pemborong serta peniaga barangan berkenaan. “Pegawai dan anggota KPDNHEP akan terus melakukan pemeriksaan serta pemantauan, di mana tindakan akan dilakukan jika mendapati ada peniaga yang menaikkan harga produk itu.

“Kerajaan sudah mengisytiharkan bahawa topeng berkenaan adalah barang kawalan dan tindakan menaikkan harga boleh dikenakan tindakan,”

Source: Crisis Preparedness and Response Centre (CRPC), Ministry of Health

F.A.Q. : LABORATORY TESTS FOR COVID-19

F.A.Q. ON LABORATORY TESTS FOR COVID-19

A: The sample is taken either from the nose or throat, or both, using a special swab. These sites are where the virus is replicating. The swabs are then placed in a tube which contains a solution.

A: Almost all tests currently being carried out in Malaysia are tested using a technique known as polymerase chain reaction or PCR. The swabs i.e., the samples obtained are used to match the genetic material captured on the swab with the genetic code of COVID-19. PCR amplifies the genetic material so that it becomes easy to detect.

A: PCR technique is being used to test for COVID-19 is also used for many other viruses e.g influenza, Hepatitis C and HIV. The ingredients of the PCR are generic however, an element of the test known as the primer (functions as hook); which is used to match the genetic material with the virus that causes COVID-19 is unique.

A: A positive test indicates the presence of the virus that causes COVID-19. The individual is infected with the virus and presumed to be contagious. Laboratory test results should always be considered in the context of clinical observations and epidemiological data in making a final diagnosis and patient management decisions. Patient management decisions should be made with a healthcare provider.

A:  The result can be ready between 24-72 hours.

A:  These are immunological tests and are called point of care tests. They can be ready within minutes. The tests detect the presence of antibodies produced by the host immune system against the virus. These tests would likely be less accurate than lab-based PCR tests because they looked for antibodies, rather than the virus itself. The result could be a false-negative if the test is taken at the wrong stage of a person’s illness.

A: Since antibodies continue to be present even after the infection is cleared, serology tests continue to be positive for individuals who have been previously exposed and developed an immune response. This means a positive test may not indicate an active infection. Serology antibody testing is being used mainly for surveillance and at present is not used to diagnose active COVID-19 infection.

Source: Medical Microbiologist, Pantai Premier Pathology.

Pantai Premier Pathology COVID-19 Mobile Testing Service

HOW TO BOOK PANTAI PREMIER PATHOLOGY

COVID-19 MOBILE TESTING SERVICE:

1. ONLINE BOOKING

CLICK HERE FOR ONLINE BOOKING

 

2. CALL PPP HOTLINE

+603 4280 9115

Operation hours:

Monday – Friday (9AM – 5PM)  |   Saturday (9AM – 1PM)

3. WHATSAPP BOOKING

+6012 986 3797

Operation hours:

Monday – Friday (9AM – 5PM)  |   Saturday (9AM – 1PM)

 

FAQ MOH: www.shorturl.at/CSVWY  

InfoSihat: https://www.infosihat.gov.my

CPRC Hotline: +603-8881 0200 / +603-8881 0600 / +603-8881 0700

Protective measures to amid the ongoing Covid-19 coronavirus outbreak

Please do this to keep yourself and your family healthy:

 

  • Take everyday preventive actions to stay healthy.
  • Avoid close contact with people who are sick.
  • Avoid touching your eyes, nose, and mouth.
  • Stay home when you are sick.
  • Cover your cough or sneeze with a tissue, then throw the tissue in the trash.
  • Clean and disinfect frequently touched objects and surfaces using a regular household cleaning spray or wipe.
  • Wash your hand often with soap and water for at least 20 seconds.
  • Follow public health advice, travel advisory, avoiding crowds and other social distancing measures.

 

Stay calm. Stay safe.

 

Source: Ministry of Health (MOH)

A close look at CANCER in Malaysia

Exploring  Malaysia cancer burden in 2018

  • Numbers at a glance:
    • Total population – 32042455
    • Number of new cases – 43837
    • Number of deaths – 26395

 

  • Number of new cases in 2018, both sexes, all ages

 

 

 

 

 

  • Number of new cases in 2018, males, all ages                                                                                             

 

  • Number of new cases in 2018, females, all ages                                                                                           

 

Summary statistic 2018

Males Females Both sexes
Population 16 526 726 15 515 729 32 042 455
Number of new cancer cases 20 619 23 218 43 837
Risk of developing cancer before the age of 75 years (%) 14.2 14.8 14.5
Number of cancer deaths 13 937 12 458 26 395
Risk of dying from cancer before the age of 75 years (%) 9.4 8.2 8.8
Top 5 most frequent cancers excluding non-melanoma skin cancer (ranked by cases) Lung Colorectum Prostate Nasopharynx Liver Breast
Colorectum
Cervix uteri
Ovary
Lung
Breast Colorectum Lung Nasopharynx Liver

 

Reference:

World Health Organization. International Agency for Research on Cancer (IARC). Globocan 2018 – Global Cancer Observatory. Review at: https://gco.iarc.fr/today/data/factsheets/populations/458-malaysia-fact-sheets.pdf